"...Hidup Umpama Roda,Kadang di atas, kadang di bawah". Penah dengar tak papatah tu? Dalam minggu ni Kawan rasa macam benar-benar menghayati pulak kata-kata tu.
Sebabnya, mesti ada cerita di sebaliknya la. Cuti CNY yang lepas Kawan bawak family datang ke ibukota bertujuan memenuhi satu urusan sambil-sambil makan angin. Mula-mula plan nak bawak basikal tapi disebabkan kurang konfiden dengan keupayaan dan keselamatan rak belakang cap ayam yang biasa digunakan, rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Takpe la, berkorban kayuh walaupun rancangan dah separuh diatur untuk ke
PCP bersama seorang member.
Sampai ke ibukota sehari sebelum cuti CNY bermula, memang banyak yang dah berubah sejak kali akhir Kawan datang ke sini. Jalanraya sedikit lengang mungkin sebab ramai yang dah mula balik ke kampung untuk bercuti. Selesaikan dulu urusan kerja sebelum buat rancangan seterusnya: bawak keluarga bersiar-siar sekitar ibukota KL.
Aquaria, KLCC jadi pilihan utama(anak Kawan tu memang suka tengok ikan kat situ).Serta beberapa tempat yang lain. Keesokan harinya ingat nak pergi la ke sekitar putrajaya, mungkin singgah sekejap ke Taman Cabaran. Tak dapat kayuh, dapat tengok pun jadi la....
Pagi esoknya, mula la terbayang macam-macam benda yang nak dibuat pada hari tu. Tapi nak dijadikan cerita, ataupun dah ketentuan-Nya pada Kawan, kereta taknak start pada pagi tu. macam-macam usaha dibuat termasuk menggunakan 'jumper cable' tapi masih tak jalan. Panggilan ke Servis Centre kenderaan tak berjawab. Oh, lupa hari tu cuti umum, jadi semua tempat servis tutup dan mungkin akan buka semula pada hari Sabtu - 2 hari lagi!
Masa 2 hari dihabiskan dengan bersiar-siar menggunakan pengangkutan awam dan kereta yang dipinjamkan sebentar oleh adik-beradik, dan tempat tinggal menumpang sementara di rumah adik Kawan di Bukit Antarabangsa.
2 hari kemudian, Sabtu 5 Feb, baru la panggilan ke Pusat Servis berjawab, tapi malangnya spare-part barang yang rosak (alternator) takde stok. Ambil keputusan untuk balik dulu ke Kelantan menggunakan perkhidmatan bas ekspres kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan , dan akan datang balik ke KL pada hujung minggu....
To be continued.....
...sambungan
Habis je kerja petang Khamis 10/02/2011, terus bergegas balik ke rumah. kemas barang yang nak dibawa,bersama baju 2-3helai. Barang spare-part dah dibeli 2 hari sebelum dengan harga RM270 selepas kurang 10 ringgit dari harga asal dengan gerenti kedai 1 bulan. Bawak isteri & anak-anak ke rumah orang tua Kawan untuk stay sana selama 2 hari sementara Kawan ke KL.
Sebelum bertolak, salin nombor mekanik yang menunggu di sana. Sempat juga salin nombor member dari kampung yang duduk kat sana, boleh la jumpa kalau ada kesempatan. Belum pernah jumpa lagi, tapi dengarnya dia pun geng kayuh jugak....
Perjalanan dengan bas biasa je takde yang menarik, cuma sekali kena tukar naik bas lain sebab bas rosak di stesen bas Machang. Pukul 5 pagi dah sampai ke KL,turun di stesen greenwood dan ambil teksi ke rumah adik Kawan. Rehat jap, pagi tu terus call mekanik suruh datang ke tempat kereta. Dimaklumkan dia tengah sibuk di bengkel dan hanya dapat datang lepas solat jumaat. Dalam pukul 3 mekanik sampai, terus mula membaiki. Susah jugak nak bukak barang alternator ni sebab kedudukan kat tengah dalam enjin, tapi lepas 2 jam selesai la kerja-kerja repair. Tiba masa untuk cuba start, dengan sekali pulas je "Brumm..." Berjaya!:)
Bawak kereta pergi pusing-pusing untuk test di kawasan sekitar Bukit Antarabangsa, nampaknya semua berjalan lancar. Bayar upah mekanik, RM100 lagi terbang....:(
Urusan dah settle, baru teringat nombor member tu. Call sekali, tak angkat. Sekali lepas tu terima SMS, rupanya member kat dalam meeting. Member call balik dan rupanya dia duduk tak jauh dari tempat Kawan berada. Janji untuk jumpa kat satu tempat berdekatan, dan tak sampai 10 minit member pun sampai. sempat berbual sikit je sebab member ada komitmen lain, tapi puas hati la sekurang-kurangnya dapat jumpa sendiri secara real, berbanding sebelum ni kenal melalui alam maya je,
fb.... sedikit kecewa jugak bila dapat tau yang malam tu ada program kayuh keliling bandar KL bermula di Setiawangsa dan Kawan tak dapat join atas sebab yang nyata, takde basikal! Walaupun tak sempat berbual lama, terima kasih kepada saudara ACS kerana sudi datang jumpa...smula la deh....(khabarnya kayuhan malam tu turut disertai pelumba negara Anuar Manan)
Pagi-pagi esoknya terus bersiap untuk perjalanan balik dengan kereta. Agak cuak kerana kena drive balik ke Kelate sorang-sorang kali ni. Walaupun berbagai perkara bermain di minda Kawan, tambahan pulak kereta pun dalam kondisi yang bukan 100%, Kawan serahkan semuanya kepada Allah. Alhamdulillah, perjalanan balik kali ni amat lancar dengan cuaca yang sangat baik di sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 450km yang mengambil masa 7 jam untuk sampai.
Sampai ke rumah, rasa letih terus hilang bila dapat jumpa family dan anak. Balik ke rumah pukul 5, ternampak pulak basikal yang dah tersimpan kat dalam stor dekat 2 minggu dah. Terus rasa bertenaga dan semangat untuk kayuh. Mungkin jugak kesan sampingan dari 3 botol air livita energy drink yang kawan minum sepanjang perjalanan tadi kot...hehe.Kayuh pusing-pusing keliling taman, tapi masih tak puas hati. "Awal lagi...kalu gi offroad kejap pun sempat lagi ni...". Bawak ke bukit estet yang terletak tak jauh, dalam 1km dari rumah dan mula mendaki. Menggunakan teknik yang baru dipelajari semasa di KL(nanti Kawan jelaskan lain kali), pendakian kali ni rasa ringan je tak berat macam biasa-biasa. Uisshhh, berkesan nampaknya... sempat la buat 1 loop petang tu sejauh 10km...
Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur.....
Makanan feveret Kawan semasa kat sana....Sate Kajang yang bukan kat Kajang
Punca penderitaan....