Monday, May 7, 2012

Kayuhan Lip-Lap-Lip-Lap

Ahad 6/5/2012. Hari Ahad cuti kerana ganti cuti umum Hari wesak pada hari Sabtu sebelumnya. Cuaca mendung dan nampak macam nak hujan. Surirumah separuh masa pun tak berani nak jemur kain di ampaian, takut kena buat sprint 100meter kalau hari tetiba hujan.
Tapi kawe sebagai pengayuh yang agak2 dan perasan tegar nak kayuh jugak pada pagi tu. sebenarnya kesian kat beskal sebab dah lama terperuk kat dalam stor, dan jugak kerana memikirkan mengenai 'keboroian' yang semakin bertambah. Risau jugak kalau hari tetiba hujan, jadi kawe mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang semua lampu kat beskal(dalam mode berkelip-kelip), dan tak lupa memakai Hi-Visibility LED Sport Vest ( Vest berlampu) pemberian seorang rakan tak lama dulu. Juga disertakan dengan sedikit doa supaya selamat hendaknya, InsyaAllah.

 Basikal dalam mode Lip-lap-lip-lap

 Laluan berbukit Jeram Pasu-Banggol Telipot-Chengal Pulas sedia untuk diterjah
Tak sengaja ter'pose' mata terbelalak bila terdengar bunyi enjin jet di sebalik awan .... Bila la TUDM nak buat open day(Link) pulak agaknya? Tak sabar nak pegi lagi ni,nak bawak family tengok jet....;)

 Ready for take 2, Camera, Action. Snap!

 Dah sampai, singgah jap rumah ayahbonda kawe...

Teman ayahanda pergi kebun pulak lepas tu...

Selesai lah kayuhan pada hari tu. 22km dilalui dengan selamat, Alhamdulillah.

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kayuhan selama hampir 2 jam (45 minit pendakian)hampir tak terasa lenguh langsung walaupun dah agak lama(hampir sebulan) tak berkayuh. Sebabnya, mungkin semasa berkayuh tu kawe cuba-cuba mengamalkan apa yang ditulis oleh saudara Akmal Hizam didalam blognya,
Measuring Cadence 80 through Zikrullah ( Menetapkan 80 kayuhan seminit melalui Zikrullah )
( Link ). Terima kasih atas perkongsian ye bro. Dan kawe dapati ianya sangat berkesan, Masya-Allah.... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...