Wednesday, September 22, 2010

Ucapan Hari Raya..... yang latest(terlambat)


Lama tak update. Maklum la sibuk sikit dengan hal-ehwal hari raya, lepas tu sibuk dengan hal2 berkaitan kerja pulak(raya ke-4 dah start keje balik)...


Tapi rasanya masih belum terlambat untuk Kawan ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin kepada semua pembaca-pembaca sekiranya ada tulisan kat sini yang tak sengaja ter'sigong' perasaan. Dan juga kepada member2 blog dan member2 kayuhan atas jalan tar dan juga kat trail,kalau ada salah silap tu harap la dimaafkan yea...


Okey,sekarang cuti raya dah lepas. Vacation is over. Persoalannya sekarang, bila nak start kayuh balik macam biasa? kaki pun dah naik lenguh ni... cuti kayuh lama sangat kot.....

Wednesday, September 1, 2010

Video : The Stig (Top Gear) naik basikal

Sesiapa kat sini yang pernah tengok rancangan 'Top Gear' kat tv mesti tau siapa dia 'The Stig' : lelaki misteri yang selalu pakai baju racing gear warna putih, dengan helmet full-face dan paling utama bawak kereta laju giler. Setakat ni takde lagi ada orang yang dapat kalahkan 'The Stig' dalam perlumbaan di litar. Tak kiralah bawak kenderaan apa pun. Tapi Kawan dapat tau cara untuk si Jeremy mengalahkan the Stig...dengan naik BASIKAL! Tengok la video ni, pasti lawak...


Hehe...jangan gelak kuat-kuat sangat ye,ingat bulan posa....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...